~Akal adalah satu anugerah Allah S.W.T kepada manusia yang digunakan sebagai alat untuk berfikir dan digunakan untuk mencari kebenaran. Justeru, banyak ayat al-Quran menyatakan bahawa Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya untuk menggunakan akal. Disamping itu juga Allah S.W.T mengancam orang yang tidak mahu menggunakan anugerah yang diberikan allah S.W.T itu untuk berfikir dan mencari jalan kebenaran~