03 June 2012

Pengajaran dan Pembelajaran

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

  • guru dan murid,
  • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
  • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
  • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • meliputi rancangan mengajar (KOPI),
  • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ada unsur sains dan seni.


Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)  dalam The Condition of Learning, pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang  dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.


Pembelajaran :

  • Satu proses yang berterusan,
  • Secara formal dan tak formal,
  • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis  & mengira dsb.,
  • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
Apa dia Mazhab Behavioris?

  • Tokoh-tokoh seperti Parvlov, Thorndike, Skinner
  • Pembelajaran berkaiatan dengan perubahan tingkah laku.
  • Teori berasaskan pemerhatian ujian terhadap haiwan – anjing, tikus, burung, kucing dsb.
  • Fokus ujian ialah ransangan dan gerakbalas yang boleh menghasilkan perubahan tingkah laku,
  • Tingkahlaku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Apa dia Mazhab kognitif?

  • Tokoh-tokoh seperti Piaget, Kohler, Bruner, Gagne & Asubel
  • Pembelajaran adalah proses dalaman iaitu dalam akal fikiran,
  • Tidak dapat diperhatikan secara langsung,
  • Tumpuan kajian mereka kepada pembelajaran melibatkan proses penyelesaian masalah dan celik akal,
  • Cara pembelajaran celik akal, penyelesaian masalah, penemuan dsb.,
  • Manusia mempunyai struktur kognitif, otak akan menyusu maklumat dalam ingatan.

Apa dia Mazhab sosial?

  • Tokoh seperti Bandura,
  • Menggabungkan Mazhab Behavioris dan Kognitif
  • Pembelajaran proses pemerhatian dan peniruan,
  • Pembelajaran melibatkan perubahan tingkahlaku dan aspek pemikiran dalaman

Apa dia Mazhab humanis?

  • Tokoh ialah Carl Rogers
  • Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan
  • Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza,
  • Strategi pengajar boleh diatur mengikut kehendak individu
  • Setiap individu ada potensi untuk maju
  • Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan perkembangkan potensi optimum



02 June 2012

^^Doa dan Senyuman Terindah^^

Pengenalan kepada Konsep TMK

1.    Menurut Rogers (1996)
 Teknologi komunikasi merujuk kepada perlaksanaan, struktur organisasi dan nilai-nilai social yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar maklumat dengan individu-individu lain.

2.    Hans d’Ovville
Maklumat merujuk kepada kandungan sebuah bahan yang digunakan oleh seseorang sebagai asas untuk membuat keputusan. Oleh itu, ICT dilihat sebagai gabungan pelbagai media pilihan seperti radio, komputer peribadi, cakera padat dan internet yang boleh memboleh membantu pemikiran baru di kalangan pengguna.

3.    Marcelle (2000) 
ICT merupakan gabungan peralatan yang ruit dan pelbagai aplikasi serta perkhidmatan yang digunakan untuk menghasil, mengedar, memproses dan membuat perkhidmatan yang digunakan untuk menghasil, mengedar, memproses dan membuat transformasi maklumat.

4.    Ramachandran (2001)   
ICT merangkumi produk dan perkhidmatan maklumat dan komunikapusi yang mempunyai cirri-ciri berteraskan mikroelektronik, bersambung secara ‘on-line’ seperti radio dan TV konvesional, interaktif dalam masa sebenar seperti telefon, radio dan TV interaktif e-mail, kandungan elektronik seperti laman web dengan animasi audio-video, teknologi yang bertumpu seperti TV web dan sidang video.

Kenalpasti perisian-perisian TMK yang boleh digunakan untuk tujuan :
a) pengajaran dan pembelajaran
  1. Power Point
  2. Internet Explorer
  3. Ms Word
b) pengujian dan penilaian
  1. Ms Word
  2. Excel
  3. Access
c) pengurusan
  1. Access
d) penyelidikan dan pembangunan
  1. SPss
  2. Ms Word
  3. Excel
  4. Acess
  5. Internet Explorer

01 June 2012

~Hidup Warna warni..Kesetiaan Pada Ilahi~


PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN DI DALAM BILIK DARJAH


Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Setiap guru memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk memastikan murid-murid dapat menerima apa yang di ajar oleh guru di dalam bilik darjah.Sebaik sahaja murid-murid dapat menguasai pembelajaran yang di ajar guru hendaklah memberi latihan pengukuhan.Setelah dikukuhkan, barulah guru akan menyediakan aktiviti pengayaan agar murid dapat menggunakan atau mengaplikasi kemahiran yang dikuasai dalam situasi atau kehidupan yang sebenar.

MAKSUD PENGAYAAN        

Pengayaan boleh didefinisikan sebagai proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.Tujuan utama konsep pengayaan ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan untuk memperkembangkan kreativiti seorang murid dalam pelbagai bidang. Dalam program pengayaan, murid-murid boleh mencapai pembelajaran masteri di mana mereka dapat menguasai semua isi pelajaran yang diajar oleh guru.

MAKSUD PENGUKUHAN

Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Daripada situ lah kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas.
















PERBEZAAN ANTARA PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN

PENGAYAAN
PENGUKUHAN
1. Perlukan perancangan yang rapi


2. Aktivitti mesti sejajar dengan keperluan
    kognitif murid-murid.

3. Aktiviti pengajaran bercorak belajar
    kendiri berdasarkan modul dan
    pembelajaran arah kendiri dan perlukan
    bantuan guru secara minima.

4. Ia boleh berbentuk lembaran kerja atau
    pun berbentuk projek.

5. Biasanya aktiviti ini dibuat mengikut
    kreativiti guru untuk menguji kecerdasan
    murid-murid. Ianya lebih mencabar
    minda.

1. Sekadar latihan biasa untuk menguji       
    minda.

2. Aktiviti biasanya sama untuk semua murid.

3. Aktiviti yang dijalankan memerlukan
    bantuan guru sepenuhnya.



4. Ia juga berbentuk lembaran kerja tetapi
    berbeza dari segi pendekatan.

5. Latihan yang dijalankan sama seperti
    dulu. Soalan untuk menguji minda untuk
    pengukuhan.


Antara Fadilat Al-Quran


AL-QURAN mengandungi banyak fadilatnya. Ini jelas diterangkan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi menerusi riwayat Ibnu Mas'ud Radiallahuanha bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah akan diberikan satu 'Hasanah' (rahmat) dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. Aku tidak berkata bahawa '(Alif, Lam, Mim) sebagai satu huruf tetapi '(Alif) satu huruf, '(Lam) satu huruf dan '(Mim) satu huruf."

Hadis tersebut jelas menegaskan, betapa setiap satu perkara yang bersifat memuliakan, menghayati, membaca Al-Quran atau seumpamanya, baik dari yang sekecil-kecilnya apatah lagi sebaliknya akan dibalas dengan pahala mengikut kadar amalan tersebut di sisi Allah Subhanahu Wataala. Umpamanya setiap huruf Al-Quran yang dibaca dikira sebagai satu amalan yang akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Jadi, teramat istimewa pulalah bagi orang yang rajin membaca dan mengamalkan Al-Quran yang ganjarannya begitu terang dijelaskan menerusi hadis Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam riwayat Hakim Rahmatullah Alaih dari Buraidah Radiallahuanha berhubung dengan sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Seseorang yang membaca Al-Quran dan beramal dengannya akan dipakaikan dengan mahkota yang dianyam dengan 'nur' dan kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua pakaian yang lebih berharga daripada seisi dunia ini. Mereka akan berkata: "Wahai Allah, mengapakah kami diberikan pakaian-pakaian ini?. Jawapan yang diterima adalah: "Kerana bacaan Al-Qur'an yang dilakukan oleh anakmu." 

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

PENGENALAN.


Matlamat utama sesi kaunseling ialah membantu klien memahamai masalah yang dihadapinya dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut atau menguruskannya. Oleh itu, langkah-langkah kea rah penyelesaiana masalah tersebut perlu dirancang.  Pada peringkat awal kita sudah cuba memahami masalah yang dibawa oleh klien di samping membantu klien sendiri melihat masalahnya dari perspektif  yang baru.
Garth J. Blackham misalnya menekankan bahaw semua kauseling adalah lebih tertumpu kepada penerokaan dan para klien menjadi begitu intensif sekali menganalisa apa yang bakal diperolehi  daripada kauselornya di sepanjang prose situ.
Dalam proses yang lebih sistematik lagi, Egan mencadangkan pula beberapa kaedah penyelesaian  masalah yang digabungkan dengan pendekatan proses membuat keputusan dahulu, yang dapat memberi kesan yang lebih baik. Bagi Egan ada Tujuh Langkah penting yang perlu diperkenalkan dalam sesebuah sesi kauseling yang bertujuan menyelesaikan masalah.

1. MENGENALPASTI DAN MENJELASKAN MASALAH
Masalah yang sering diceritakan atau disogokkan  oleh klien kepada kaunselornya lebih merupakan masalah keseluruhan yang agak bercampur aduk sehingga ia menjadi begitu berkecamuk dan kabur. Sesah bagi kaunselor hendak melihat dengan nyata dan jelas akan masalah itu. Justeru itu, sebagai langkah pertama masalah itu sendiri hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang tersusun dan boleh diselesaikan . Daripada menerima pernyataan perasaan yang samar-samar adalah lebih baik kaunselor memahami pengertian sebenar masalah kliennya.
Kaunselor patut mengarahkan suatu penekanan yang dapat membawa gambaran yang sejelas-jelasnya sehingga masalah itu dapat dibentuk dan digambarkan , mengikut pentafsiran kaunselor dank lien secara terang, jelas dan mudah mereka fahami. Kepakaran kaunselor ialah kejayaanya memahamkan kliennya akan masalah itu dengan cara lebih mudah. Ini adalah langkah bijak dan memberi kesan yang mendalam. Ini lebih memudahkan kedua-duanya menruskan lagi proses kaunseling mereka.

2. MEMPERKENALKAN KEUTAMAAN DALAM MEMILIH MASALAH YANG HENDAK DIBERI PEMUSATAN.
Setelak klien berusaha memperjelaskan gambaran bentuk masalah yang sebenar, maka dia juga harus dapat memerikan sumber-sumber yang sahih dan terdekat kepada masalahnya itu. Ini memudahkan kaunselor melihat masalah itu dengan lebih jelas lagi. Misalnya , klien msembantu kaunselornya menentukan masalah yang patut dihadapi oleh mereka terlebih dahulu mengikut keutamaannya.

3. MEMPERKENALKAN MATLAMAT YANG HENDAK DIKERJAKAN .
Pada tahap ini matlamat telah pun dipilih sebagai pemusatan. Masalah sudah semakin terang dan kian terserlah hasil daripada pernyataan klien. Segala pemusatan telah pun ditumpukan sepenuhnya.  Sekarang adalah menjadi tugas besar kaunselor  untuk memperkenalkan matlamat khusus  yang hendak dikerjakannya sebagai langkah berikutnya supaya mudah bagi klien mengetahui arah mana pula dia akan didorong.
Masalalah sebenar adalah refleksi daripada kenyataan seben ar, dan matlamat pula mewakili masa akan datang. Pendeknya kaunselor haruslah menerangakan kepada kliennya akan matlamat yang akan mereka kerjakan sehingga mencapai apa yang dirancang nanti supaya klien merasakan begitu kukuh memiliki matlamatnya itu. Ini disebabkan klien sendiri sebenarnya mempunyai beberapa harapan untuk lebih maju atau meningkatkan kemajuan dirinya.

PENGURUSAN FAIL PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2011


BIL.
PERKARA
ADA
TIADA
1
Fail 1  : Surat dan Minit Mesyuarat Panitia


2
Surat panggilan mesyuarat panitia


3
Minit mesyuarat panitia tahun semasa


4
Fail 2 : Surat Menyurat dan Pekeliling




5
Surat menyurat


6
Pekeliling


7
Fail 3 : Maklumat Guru


8
Butiran peribadi setiap guru GPI dan GPI j-QAF


9
Jadual peribadi GPI dan GPI j-QAF tahun semasa

10
Rekod penggunaan BBM tahun lalu dan semasa


11
Fail 4 : Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran

12
Sukatan pelajaran Pendidikan Islam


13
Huraian Sukatan Pelajaran (tahun 1-6) tahun semasa

14
Rancangan Pelajaran Tahunan ( tahun 1-6 )


15
Fail 5 : Perancangan  Peningkatan Panitia

16
Perancangan jangka panjang


17
Perancangan tahun semasa

18
Perancangan operasional


19
Fail 6 : Perkembangan Staff

20
Jadual perkembangan staff


21
Rekod perkembangan staff

22
Fail 7 : Bank Soalan


23
Soalan-soalan tahun lalu

24
Soalan ujian / peperiksaan tahun semasa


25
Fail 8 : Analisa Ujian dan Peperiksaan

26
Jadual peperiksaan tahun semasa


27
Analisa peperiksaan

28
Fail 9 : Persatuan Agama Islam


29
Perancangan tahunan persatuan

30
Carta organisasi persatuan


31
Perlembagaan persatuan

32
Senarai nama ahli persatuan


33
Rekod kehadiran ahli

34
Rekod aktiviti mingguan


35
Fail 10 : Laporan Program / Aktiviti

36
Senarai program / aktiviti yang dijalankan


37
Laporan program/aktiviti yang dijalankan

38
Fail 11 : Pengurusan Kewangan


39
Anggaran perbelanjaan program/aktiviti tahunan

40
Senarai bahan yang hendak dibeli


41
Fail 12 : Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

42
Borang pencapaian individu ( tahun 1-6 )


43
Borang rumusan kelompok (tahun 1-6 )

44
Keputusan  tahun-tahun lalu ( tahun 6 sahaja )


45
Fail 13 : Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan

46
Jadual pencerapan GB/PK/KP


47
Laporan pencerapan GB/PK/KP

48
Jadual semakan buku latihan GB/PK/KP


49
Fail 14 : j-QAF ( 8 Fail)