03 July 2012

Al-Quran An-Nur


SPA Perkenal Dua Dasar Baru Bagi Permohonan Ke Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa 1 Julai 2012, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.

Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan. 

03 June 2012

Pengajaran dan Pembelajaran

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

  • guru dan murid,
  • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
  • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
  • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • meliputi rancangan mengajar (KOPI),
  • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ada unsur sains dan seni.


Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)  dalam The Condition of Learning, pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang  dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.


Pembelajaran :

  • Satu proses yang berterusan,
  • Secara formal dan tak formal,
  • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis  & mengira dsb.,
  • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
Apa dia Mazhab Behavioris?

  • Tokoh-tokoh seperti Parvlov, Thorndike, Skinner
  • Pembelajaran berkaiatan dengan perubahan tingkah laku.
  • Teori berasaskan pemerhatian ujian terhadap haiwan – anjing, tikus, burung, kucing dsb.
  • Fokus ujian ialah ransangan dan gerakbalas yang boleh menghasilkan perubahan tingkah laku,
  • Tingkahlaku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Apa dia Mazhab kognitif?

  • Tokoh-tokoh seperti Piaget, Kohler, Bruner, Gagne & Asubel
  • Pembelajaran adalah proses dalaman iaitu dalam akal fikiran,
  • Tidak dapat diperhatikan secara langsung,
  • Tumpuan kajian mereka kepada pembelajaran melibatkan proses penyelesaian masalah dan celik akal,
  • Cara pembelajaran celik akal, penyelesaian masalah, penemuan dsb.,
  • Manusia mempunyai struktur kognitif, otak akan menyusu maklumat dalam ingatan.

Apa dia Mazhab sosial?

  • Tokoh seperti Bandura,
  • Menggabungkan Mazhab Behavioris dan Kognitif
  • Pembelajaran proses pemerhatian dan peniruan,
  • Pembelajaran melibatkan perubahan tingkahlaku dan aspek pemikiran dalaman

Apa dia Mazhab humanis?

  • Tokoh ialah Carl Rogers
  • Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan
  • Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza,
  • Strategi pengajar boleh diatur mengikut kehendak individu
  • Setiap individu ada potensi untuk maju
  • Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan perkembangkan potensi optimum



02 June 2012

^^Doa dan Senyuman Terindah^^

Pengenalan kepada Konsep TMK

1.    Menurut Rogers (1996)
 Teknologi komunikasi merujuk kepada perlaksanaan, struktur organisasi dan nilai-nilai social yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar maklumat dengan individu-individu lain.

2.    Hans d’Ovville
Maklumat merujuk kepada kandungan sebuah bahan yang digunakan oleh seseorang sebagai asas untuk membuat keputusan. Oleh itu, ICT dilihat sebagai gabungan pelbagai media pilihan seperti radio, komputer peribadi, cakera padat dan internet yang boleh memboleh membantu pemikiran baru di kalangan pengguna.

3.    Marcelle (2000) 
ICT merupakan gabungan peralatan yang ruit dan pelbagai aplikasi serta perkhidmatan yang digunakan untuk menghasil, mengedar, memproses dan membuat perkhidmatan yang digunakan untuk menghasil, mengedar, memproses dan membuat transformasi maklumat.

4.    Ramachandran (2001)   
ICT merangkumi produk dan perkhidmatan maklumat dan komunikapusi yang mempunyai cirri-ciri berteraskan mikroelektronik, bersambung secara ‘on-line’ seperti radio dan TV konvesional, interaktif dalam masa sebenar seperti telefon, radio dan TV interaktif e-mail, kandungan elektronik seperti laman web dengan animasi audio-video, teknologi yang bertumpu seperti TV web dan sidang video.

Kenalpasti perisian-perisian TMK yang boleh digunakan untuk tujuan :
a) pengajaran dan pembelajaran
  1. Power Point
  2. Internet Explorer
  3. Ms Word
b) pengujian dan penilaian
  1. Ms Word
  2. Excel
  3. Access
c) pengurusan
  1. Access
d) penyelidikan dan pembangunan
  1. SPss
  2. Ms Word
  3. Excel
  4. Acess
  5. Internet Explorer

01 June 2012

~Hidup Warna warni..Kesetiaan Pada Ilahi~


PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN DI DALAM BILIK DARJAH


Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Setiap guru memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk memastikan murid-murid dapat menerima apa yang di ajar oleh guru di dalam bilik darjah.Sebaik sahaja murid-murid dapat menguasai pembelajaran yang di ajar guru hendaklah memberi latihan pengukuhan.Setelah dikukuhkan, barulah guru akan menyediakan aktiviti pengayaan agar murid dapat menggunakan atau mengaplikasi kemahiran yang dikuasai dalam situasi atau kehidupan yang sebenar.

MAKSUD PENGAYAAN        

Pengayaan boleh didefinisikan sebagai proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.Tujuan utama konsep pengayaan ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan untuk memperkembangkan kreativiti seorang murid dalam pelbagai bidang. Dalam program pengayaan, murid-murid boleh mencapai pembelajaran masteri di mana mereka dapat menguasai semua isi pelajaran yang diajar oleh guru.

MAKSUD PENGUKUHAN

Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Daripada situ lah kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas.
















PERBEZAAN ANTARA PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN

PENGAYAAN
PENGUKUHAN
1. Perlukan perancangan yang rapi


2. Aktivitti mesti sejajar dengan keperluan
    kognitif murid-murid.

3. Aktiviti pengajaran bercorak belajar
    kendiri berdasarkan modul dan
    pembelajaran arah kendiri dan perlukan
    bantuan guru secara minima.

4. Ia boleh berbentuk lembaran kerja atau
    pun berbentuk projek.

5. Biasanya aktiviti ini dibuat mengikut
    kreativiti guru untuk menguji kecerdasan
    murid-murid. Ianya lebih mencabar
    minda.

1. Sekadar latihan biasa untuk menguji       
    minda.

2. Aktiviti biasanya sama untuk semua murid.

3. Aktiviti yang dijalankan memerlukan
    bantuan guru sepenuhnya.



4. Ia juga berbentuk lembaran kerja tetapi
    berbeza dari segi pendekatan.

5. Latihan yang dijalankan sama seperti
    dulu. Soalan untuk menguji minda untuk
    pengukuhan.