01 June 2012

PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN DI DALAM BILIK DARJAH


Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Setiap guru memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk memastikan murid-murid dapat menerima apa yang di ajar oleh guru di dalam bilik darjah.Sebaik sahaja murid-murid dapat menguasai pembelajaran yang di ajar guru hendaklah memberi latihan pengukuhan.Setelah dikukuhkan, barulah guru akan menyediakan aktiviti pengayaan agar murid dapat menggunakan atau mengaplikasi kemahiran yang dikuasai dalam situasi atau kehidupan yang sebenar.

MAKSUD PENGAYAAN        

Pengayaan boleh didefinisikan sebagai proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.Tujuan utama konsep pengayaan ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan untuk memperkembangkan kreativiti seorang murid dalam pelbagai bidang. Dalam program pengayaan, murid-murid boleh mencapai pembelajaran masteri di mana mereka dapat menguasai semua isi pelajaran yang diajar oleh guru.

MAKSUD PENGUKUHAN

Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Daripada situ lah kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas.
















PERBEZAAN ANTARA PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN

PENGAYAAN
PENGUKUHAN
1. Perlukan perancangan yang rapi


2. Aktivitti mesti sejajar dengan keperluan
    kognitif murid-murid.

3. Aktiviti pengajaran bercorak belajar
    kendiri berdasarkan modul dan
    pembelajaran arah kendiri dan perlukan
    bantuan guru secara minima.

4. Ia boleh berbentuk lembaran kerja atau
    pun berbentuk projek.

5. Biasanya aktiviti ini dibuat mengikut
    kreativiti guru untuk menguji kecerdasan
    murid-murid. Ianya lebih mencabar
    minda.

1. Sekadar latihan biasa untuk menguji       
    minda.

2. Aktiviti biasanya sama untuk semua murid.

3. Aktiviti yang dijalankan memerlukan
    bantuan guru sepenuhnya.



4. Ia juga berbentuk lembaran kerja tetapi
    berbeza dari segi pendekatan.

5. Latihan yang dijalankan sama seperti
    dulu. Soalan untuk menguji minda untuk
    pengukuhan.


3 comments: