01 June 2012

Profession Keguruan Dan Pembinaan Negara Bangsa

Profesion Perguruan
Guru adalah suatu profesion yang mempunyai ahli yang begitu ramai. Pada tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang manakala jumlah pelajar pula ialah 2,897,927 orang. Jumlah guru kian meningkat dari masa ke semasa dan pada tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di Negara kita (Abd Rafie Mahat, 2000). Oleh yang demikian didapati hampir setiap keluarga di Malaysia mempunyai sekurang- kurangnya seorang penjawat awam yang bertugas sebagai guru.Bidang pendidikan termasuk perguruan adalah suatu bidang yang penting yang mendapat perhatian yang khusus daripada pihak kerajaan.

Dalam Laporan Tahunan 1999, anggaran perbelanjaan pendidikan berjumlah RM 10,477,808,500 atau 22.5 peratus bagi perbelanjaan mengums manakala RM 3,047,298,840 atau 77.5 peratus bagi tujuan pembangunan. Peruntukan yang besar yang diberikan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan kerana aspek pendidikan adalah penjana utama kepada kemajuan dan kemakmuran negara. la sekali gus menunjukkan bahawa guru dan murid juga adalah aset penting negara. Bidang perguruan adalah suatu profesion yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagai suatu bidang yang berbentuk profesional yang memenuhi syarat-syarat berikut: (T.
Marimuthu, 1996),

* Menawarkan khidmat sosial yang unik dan perlu bagi memenuhi suatu keperluan penting manusia. -
* Menguasai suatu ilmu pengetahuan khusus yang teruji melalui penyelidikan saintifik.
* Penekanan diberikan ke atas teknik-teknik intelektual dalam melakukan khidmat tersebut. Mempunyai tempoh latihan profesional yang panjang.
Menyediakan autonomi profesional yang panjang.
 Sehubungan dengan itu, profesion perguruan di Malaysia menikmati taraf profesion yang terbatas. Sebagaimana profesion yang lain, profesion perguruan mempunyai piagam pelanggan mereka yang berasaskan kepada Piagam Pelanggan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

* Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berdasarkan kepada budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
* Menentukan keluaran sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai teras yang sudah ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
* Memberikan peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan bagi mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya.
* Mewujudkanjentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
* Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

No comments:

Post a Comment