Proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan mengikut sukatan yang telah
ditetapkan oleh pihak tertentu. Setiap guru memerlukan kaedah-kaedah tertentu
untuk memastikan murid-murid dapat menerima apa yang di ajar oleh guru di dalam
bilik darjah.Sebaik sahaja murid-murid dapat menguasai pembelajaran yang di
ajar guru hendaklah memberi latihan pengukuhan.Setelah dikukuhkan, barulah guru
akan menyediakan aktiviti pengayaan agar murid dapat menggunakan atau
mengaplikasi kemahiran yang dikuasai dalam situasi atau kehidupan yang sebenar.
MAKSUD PENGAYAAN
Pengayaan boleh didefinisikan sebagai proses di mana
aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi
daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik
darjah.Tujuan utama konsep pengayaan ialah untuk memperkembangkan
kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan
untuk memperkembangkan kreativiti seorang murid dalam pelbagai bidang. Dalam
program pengayaan, murid-murid boleh mencapai pembelajaran masteri di mana
mereka dapat menguasai semua isi pelajaran yang diajar oleh guru.
MAKSUD PENGUKUHAN
Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai
bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada
murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan
dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang
sama dan tiada perbezaan. Daripada situ lah kita boleh melihat perbezaan murid
mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya,
aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan
selepas guru sudah mengajar kemahiran asas.
PERBEZAAN ANTARA PENGAYAAN DAN PENGUKUHAN
PENGAYAAN
|
PENGUKUHAN
|
1. Perlukan perancangan yang rapi
2. Aktivitti mesti sejajar dengan keperluan
kognitif
murid-murid.
3. Aktiviti pengajaran bercorak belajar
kendiri berdasarkan
modul dan
pembelajaran
arah kendiri dan perlukan
bantuan guru
secara minima.
4. Ia boleh berbentuk lembaran kerja atau
pun berbentuk
projek.
5. Biasanya aktiviti ini dibuat mengikut
kreativiti guru
untuk menguji kecerdasan
murid-murid.
Ianya lebih mencabar
minda.
|
1. Sekadar latihan biasa untuk menguji
minda.
2. Aktiviti biasanya sama untuk semua murid.
3. Aktiviti yang dijalankan memerlukan
bantuan guru
sepenuhnya.
4. Ia juga berbentuk lembaran kerja tetapi
berbeza dari
segi pendekatan.
5. Latihan yang dijalankan sama seperti
dulu. Soalan
untuk menguji minda untuk
pengukuhan.
|
yes.
ReplyDeleteSaya mahu membuat ayat latihan pengayaan bagai langit dengan bumi
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDelete